Pages

Saturday, October 26, 2013

30 Hari Bersama Arsyad Fathi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni genap Muhammad Arsyad Fathi berusia 1 bulan. Syukur setakat ni kami xde mghadapi masalah yg bsar nak jaga dia. Cuma hritu mcm ada panas sket & tpksa bawa ke klinik.
Alhamdulillah Allah mudahkan U utk jaga Arsyad ni. Maklumlah U brpantang sendiri, xde sapa jaga. Arsyad mnangis bile lapar je. Bangun malam pun x meragam. Lepas minum tido balik. Kalo x tido pun dia senyap je trkebil2.

Masa brpantang ni Abg yg jaga U. Banyak tolong U. Mmg syukur sangat2. Trima kasih Abg. Love you so much. Adam Faheem plak suka kacau adik dia. Kdg2 kesian gak sbb dia slalu kna mrh esp dgn Abah dia. Huhu.. Risau sbb dia slalu brkasar2 dgn adik dia ni. Geram agaknye... Arsyad cpt bsar ye..Abg Adam dh xsabar2 nk main dgn awak.

Selain Abg, kwn2,m.cik2 & ipar2 byk gak membantu dlm bg nasihat itu ini. Do & donts masa brpantang. Apa yg bole makan, yg xbole etc. Thanx a lot & thanx to technology... whatsapp etc.

Isnin ni baru nk bwk Arsyad g checkup. Xsabar nk tau berat dia. U xsempat nk cerita pasal pngalaman bersalin di annur. Kna ada kekuatan nk ingat balik saat2 sakit brsalin tu..hihihi..serammm. Btw, thanx kpda smua yg mndoakan kesejahteraan kami, yg dtg mnjenguk, yg msg etc.. ;-)



Friday, October 25, 2013

Birthday Cake for Adam

U dh strt cari2 design cake utk Adam celebrate kt taska nanti. Penat laa U cari2 design nk mntak Kak Maria Homemade Cake buatkan, tp bila tnye Adam sndiri...dia nak kek Boboiboy... Againn!!! Tahun lps dh kek Boboiboy jugak..huhuhu. Xpe laa..asalkan dia happy kita layankan aje


Kek tahun lepas
Konon2 nk mntak buat ala2 gini haaa

Tuesday, December 4, 2012

Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam

Asssalamualaikum...

Hari ni pukul pagi2 dah keluar rumah sebab nak ikut Abg gi kursus 2 hari di sana.  Adam pun masih lena masa kami keluar rumah.  Tapi sampai sana U & Adam kena duk dalam keta dulu sebab bilik penuh & x boleh nak check in awal.  Dalam pukul 1pm baru kami bole masuk bilik.

Okay.. Carlton Holiday Hotel & Suites ni hotel 3 bintang.  Abg dapat bilik Deluxe, so biasa2 je lah biliknya.  Katil King, tv xde astro... gambar pun xclear & line internet slow..kejap ada kejap xde.  Tu je lah yang x syoknye.. Yang lain semua ok.  Hotel ni sebelah Pusat Akuatik Shah Alam.  Kat bawah hotel ni ada 7eleven so senang la nak beli barang2, ada Butik Ratu jual tudung, baju etc.  Pastu ada tempat refleksologi & karoke.

Makan pulak kami pergi Plaza Masalam dekat Seksyen 9.  Kami decide nak makan nasi, so pegi la Restoran Famous Thai.  Makan ikan, soft shell crab, udang, sup, telur dadar.  Semua dalam RM16+.  Masakan dia biasa2 je.  Hajat nak gi i-City, tapi hujan.  Terus balik hotel.  Nak gi karoke tp ada Merlin...huhuhu.. 

Esok Abg kursus lagi & kami decide nak duduk hotel lain. Hotel mana?? Tunggu... U dah book tadi kat Agoda.  Ada 25% diskaun...Wheeaaa best2..




Pemandangan dalam bilik

Pusat Akuatik

Sabuunnn.. di bilik mandiii

Monday, December 3, 2012

:: Cuti Sekolah + Hotel ::

Assalamualaikum.

Setahun sekali update blog. Hehehe. So dah masuk minggu keempat cuti sekolah akhir tahun. Aktiviti harian, menjadi suri rumah sepenuh masa. 2 minggu pertama cuti sekolah sibuk key in PBS dan lain2. Sampai minggu ni masih ada lagi kerja keyin2 ni. Weekend pulak amik gambar orang kawen & balik kampung.

Disebabkan cuti Abg dah habis. So kami tak dapatlah nak pergi bercuti ke mana2. Jadi U & Adam Faheem banyak habiskan masa dirumah. Memang bosan la so last2 cari jugak hotel yang available lagi untuk lepak hujung minggu je & of course laa dekat2 rumah je. Jadi hujung minggu ni kami akan ke Grand Lexis, P. Dickson. Yeayy...

Sebelum tu, cerita pasal hotel, 2 minggu lepas hari Jumaat kawan U dari London call & mintak shoot wedding adik dia di Muar on the next day. Menggelabah cari hotel di Muar semuanya penuh sebab ada Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja. Lagipun tengah malam cari hotel nak check in esoknya. Memang payah la. Terpaksa cari hotel tu sebab Adam takde sapa boleh jaga. Yelah last minit kan, so Ayu tak dapat la nak join Abg shoot & kena la cari tempat untuk kami melepak.

Last2 kami book Hotel Equatorial, Melaka. Dengan harga RM466 untuk satu malam kami amik Premier Room. Kelakar tengok Adam Faheem excited. Last duduk hotel dia tak tau pape lagi. Hotel ni dekat tengah2 bandar. Dekat dengan A'Famosa, Bangunan Stadthuys, Shopping Mall & Jonker's Street. Memang best la duduk sini. Malam tu kami makan dekat area Dataran Pahlawan. Nak cari Asam Pedas tapi xjumpa. So makan kat food court je. Untuk makan malam tu, memang tak puas hati. X sedap. Lepas tu kitorang bawak Adam Faheem round2 Bandar Melaka naik beca dengan harga RM30. Esoknya sebelum gerak balik...eh sebelum tu!! Breakfast kat Hotel Equatorial memang best. YUMMY..

Sebelum balik kami gi Jonker Street sebab dorang kata kat sana best. U memang nak cari barang2 vintage kat sana. Tapi bila sampai sana beli barang lain. Semuanya prop untuk fotografi merangkap mainan Adam.
Sebenarnya U taip entry ni sebab nak cerita pasal hotel kat Shah Alam tempat U tengah taip ni. Tapi macam panjang sangat lah pulak & Adam pun dah terjaga. So next entry eh.. InsyaAllah soon.. Jgn tahun depan suda... Wassalam



Misi mencari makan


Sian Adam xdpt mandi pool










Pemandangan dalam bilik

Pemandangan luar bilik






Gelagat Adam :D


Jalan-jalan naik beca

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 31, 2011

:: Kerja Hakiki Didahulukan, Opposite Image Diutamakan, Mahligai Bridal House Diperkukuhkan ::

Salam. Dasyatkan tajuk entry U kali ni. Hihihi... Minggu terakhir cuti sebelum sekolah start buka untuk sesi 2012. Hari ni settlekan hal2 untuk pendaftaran Tahun 1 (name tag, borang SMM, kad kesihatan etc), maklumlah tahun depan U jadi guru kelas Tahun 1. Mula-mula2 risau jugak nak ajar Tahun 1 ni tp tadi rasa macam x sabar-sabar dah nk jumpa budak-budak ni. Azam U nak jadi cikgu yang penyayang tahun depan, tak mo marah-marah sangat.

Sepatutnya hari ni ada in house training untuk cikgu-cikgu bahasa inggeris tahun 1 anjuran U sendiri. Hehehe... Yelaa, tahun depan kena ajar Bahasa Inggeris pulak. U takut gile, terkejut, terkesima smua r. Berdebar-debar hati U masa dapat tau tu. Terus down. Tapi nak wat camane, saye hanya menurut perintah. U bukan apa, U tau kekuatan & kelemahan U. U nak mengajar bersungguh2, bersemangat & murid dapat ilmu yang U bagi, tapi kalau masuk kelas dgn x confident, takut2, camane nak praktikkan apa yg U nak wat tu. Tapi U sangat terharu coz cikgu2 Bahasa Inggeris yg lain banyak bagi U semangat & bantu U esp K.zai, K.adibah, k.bibi etc...

Settle je hal-hal kat sekolah, U & Abg pegi pulak digicolour beli barang-barang untuk studio Opposite Image. Beli lighting, roller untuk backdrop etc. Yang x bestnye kitorg siap sewa unser sebab dorang cakap keta biasa xmuat nak bawak pole pnjang 10 kaki. Alih-alih benda tu takde. Huhuhu. So, InsyaAllah x lama lagi siap la OI Studio.

Then, g pulak Balakong nak tengok pelamin. Kitorang baru je dalam bridal ni, Alhamdulillah banyak jugak ilmu yg kami dapat dari Kak Bee tu. Asalnye nak beli pelamin, tapi dah habis stok pulak design yg kami nak tu.

Pastu sambung pulak gi Nilai cari meja untuk kedai, xjumpa kt Nilai, gi pulak Seroja. Dah alang-alang sampai Seroja, kami pulangkan balik keta sewa tadi. Pastu baru r balik Kota Warisan. Angkat2 barang masuk kedai, baru r dapat jemput anak bujang ibu abah ni. Sian dia dah tido. Tiap kali U amik lambat memang U sedih tapi apa yang U wat is for him sbb ibu & abah sayang sangat kat Adam Faheem ni... Haaa xhbis lgi, balik umah sambung tengok Ombak Rindu yg dorg cakap best sangat tu. Hmmm... Meleleh-leleh air mata bkn sbb sedih, tp sebab menguap smpai berair mata..hihihi... Apa pun untuk 2012, harapnye U akan dapat kuasa xtra utk laksanakan semua tanggungjawab U & mnjadi isteri, anak, ibu, cikgu, fotografer & bridal consultant yg terbaik. Selamat Tahun Baru!!!!!

Kelas U, 1 Nekad
On d way ke KL nmpk keta ni...syok wooo....

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, November 3, 2011

:: Bila Murid Jumpa Cikgu @ Alamanda ::

Tengah tunggu pizza take away kat Alamanda... Terperasan la murid kelas tengah bertolak-tolakan dengan kakaknya sebab nak tegur U

Murid:  Cikgu gi shopping ke?

U: X lah, g makan jugak...sama deng..... (xsempat habiskan ayat)

Murid: Bye Cikgu...(sambil melompat-lompat keriangan sebab dapat tegur cikgu dia)


Hehehe...budak-budak ni memang comel. Tapi kadang-kadang Cikgu terpaksa jadi garang bila dalam kelas.. Tapi kat luar cikgu baik je & comel jugakkk :)


Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, July 27, 2011

:: Baby @ Stadium Bola ::

Boleh ke bawak baby gi stadium??? Ni lah soalan yang selalu bermain di kepala ibu-ibu yang kaki bola macam U. Bukan apa, memanglah boleh tengok kat tv..tapi kadang-kadang kita nak tengok & sokong team kita secara live. Contohnye, perlawanan Malaysia vs Singapore 28 Julai 2011 ni untuk kelayakan ke Piala Dunia 2014 nanti. Bukan senang Malaysia nak masuk pusingan kedua kelayakan ni, so U rasa semua rakyat Malaysia tengah berkobar-kobar nak tengok & support team kita... Tapi U pun sokong kat umah je kot sebab penat gi stadium tengok Chelsea vs Malaysia aritu pun x hilang lagi... U pun hampir-hampir bawak Adam Faheem yang baru 8 bulan gi stadium sebab masa tengok training Chelsea tu U tinggalkan kat taska. So, macam kesian plak sebab dia tinggal sorang je. So, kitorang decide nak bawak Adam masa game tu nanti, siap belikan Ultraman lagi takut dia bosan & rimas kat sana nanti walaupun 90% U tanya kawan-kawan kat sekolah cakap x payah bawak. Nasib baik bila tiba hari kejadian, kami tukar fikiran. Biarlah dia duduk dengan cikgu dia kat taska & Alhamdulillah U rasa kitaorang dah buat keputusan yang tepat walaupun kul 1230am baru amik Adam. Sian cikgu2 dia. Sorry & Thanx ye Cikgu Yani & Cikgu Lina @ Taska D Kota..

Kenapa U cakap x sesuai.. Meh U citer sket situasi kat stadium...

1) Bila bawak baby dah sah2 kena bawak kereta & jalan sure jem. Datang lewat sket ( msti nak solat dulu kan ) confirm parking penuh. U kena jalan kaki dalam 20min baru sampai pintu stadium, belum bab nak cari seat kosong lagi. Jalan pulak, x dapat la nak melenggang2 kangkung, sampai pintu stadium kaki memang sakit gile, player x berpeluh lagi tapi kita dah berpeluh2, mengah etc... So, bayangkan nak bawak baby & keperluan2 dia. Itu baru pegi, nak balik??? 2x ganda situasi tadi ok...

2) Bila bawak baby of crse nk bwk 1 beg untuk susu dia, pampers etc dengan harapan boleh r bagi dia makan/minum. Bawak beg tengah2 sesak tu satu hal, nak bagi makan, lagi lah x boleh.. Payah sket laa

3) Suasana dalam stadium memang bising, yelah masing2 bersemangat... Kita pun nak jerit sama kan... Jadi kesian kat baby, mesti rasa x selesa, terkejut2 ditambah plak dengan panas & kerusi yang sempit dan curam. Bahaya especially kalo baby tengah lasak macam Adam yang x nak kena pegang je. Pastu dengan asap rokok lagi...

4) Ada gak U terpikir...kalo baby meragam, bawak r kluar or gi duk dalam keta... Hahaha..penat masuk stadium x hilang lagi & kereta pun parking ntah kat mana2 ntah...

Tapi tengah2 sesak2 tu, ada gak U nampak ibu yang kendong baby dia. Hmmm....sian baby tu, maybe mak dia boleh manage kot... Jadi, biarlah kita sokong dari jauh je sambil duduk dengan selesa kat rumah & boleh jugak makan2. Dan yang paling penting, pastikan baby kita dah tido awal2... Baru boleh tengok dengan tenang... Go go Harimau Malaya!!!!!


Chelsea vs Malaysia... Abg tu bli jersey baru :P

Ni masa Chelsea training...Xle ramai sangat
Kalo dapat seat cmnie, better tgk kt stadium ke umah? hehehe




Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, July 21, 2011

:: Kursus U Yang Pertama ;p ::

2 mggu lepas (lama btul baru nj update), secara tiba2 U dapat tau yang U kena gi kursus. Excited jugak sebab kat PD. Tapi yang tak syoknya, kursus tu pada hari Selasa 5hb & U tau yang U kena gi kursus pada hari Isnin 4hb jam 4:45pm. Kelam kabut terus U dengan nak prepare barang, Adam Faheen demam etc. Itu pun nasib baik U tergerak hati nak masuk ofis, baru U baca surat tu....kalo x, memang hari Selasa r U tau. Huhuhu.....Kena stay 2 malam kat sana. Berat betul hati nak tinggalkan Adam Faheem lagi2 dia tengah demam walaupun Abg cakap bole jaga. Last2 U angkut jugak Adam Faheem dengan Abg sekali. Sian Abg kena mintak cuti tiba2.

So sampai PD dalam kul 4. Kursus kat Hotel Permaisuri. Terpaksa r amik bilik sendiri, keluar modal sendiri. U xkisah, asalkan ada Adam Faheem & Abg. Ni first time U g kursus. Excited + bdebar2. Hahaha. Pastu skema gile plak tu. Beriya U bawak beg macam nak gi sekolah, tengok2 peserta lain bawak handbag je masa taklimat pertama.

Disebabkan U dah peram citer ni lama sangat, so U pun malas nak citer panjang. Tadi U dah wat in house training dengan guru2 sains seperti yang diarahkan oleh PPD. Pasni tinggal nak submit report je.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 10, 2011

:: Remy Ishak & Nora Elena @ Alamanda, Putrajaya ::

Lama dh x usik blog ni. Banyak post yg nak kena cover balik ni. Bak kata Cik Faezah, dah bersawang dah blog U ni.

So, ni ada 1 soalan... Pernah tengok tak iklan Dashing Remy Ishak tu...Ok, soalannye ialah : Di manakah penggambaran iklan tu dilakukan? Haaa...sapa bleh jawab?? Soalan ni ditanya oleh Remy sendiri & Abg dipilih untuk jawab soalan tu. Malangnya jawapan yang Abg bagi iaitu di Putrajaya x tepat. Huhuhu... Frust Abg xdapat hadiah..hehehe...

Actually Sabtu lepas, 02 Julai 2011, lepas larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tu, U & Abg g Alamnda. Hajat nak tengok Transfomers 3. Dah setahun lebih x tengok wayang. Tapi tiket dah takde, so kitorang tukar citer Green Lantern. Rupanya kat Alamda ada promosi Enchanteur & Dashing bersama duta2 diorang iaitu Remy & Nora Elena ( tak ingat nama betul dia). Abg suruh U gi amik gambar dengan dorang, tapi U malu, takut anak2 murid nampak. Hahahah...Haa..masa ni lah Remy tanya soalan tu & pilih Abg untuk jawab. Jawapan Abg ialah Putrajaya & Salah!!! Hehe...So ada yang tau x jawapan dia! Jawapannya ialah di..... KL Central!!!! Hahaha... K lah, sampai tertido2 U type blog ni. InsyaAllah nanti vvv ada masa U type lagig....krohhhh ( yg pey dah mew...Zzzxxx <-- nth pape yg den type tu..hihihihi
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, June 26, 2011

:: Father's Day ::

Happy Father's Day to all daddy in Malaysia!!!! Ni lah 1st time dalam hidup U celebrate Father's Day secara besar-besaran... Selepas melalui hari2, tahun2 yg sangat xbest, serabut, pening, kusut... Alhamdulillah kami dapat berkumpul dalam keluarga besar dengan aman & sangat2 happy.

Terima kasih yang x terhingga buat Ayah yg sanggup adakan perjumpaan ni. Ayah betul2 hero ;) & x lupa jugak superhero yg wat Ayah panggil semua berkumpul...Ijam si hero kg. Along nk ucap thanx sgt. Along memang x mampu nak wat apa yg Ijam wat & to Atin jugak. Korang memang adik2 yg superb.

So, tanggal 19 Jun 2011, semua berkumpul. Masak ramai2. Macam nak wat kenduri pun ye jugak. Pastu wat tahlil untuk semua ahli keluarga yg telah kembali ke Rahmatullah diketuai oleh Abg. Lepas makan, acara potong kek untuk semua daddy2. Ada 3 generasi daddy tuuu. Acara yg pling U xsabar sebab excited nak makan kek yang cantik yg U tempah dari K.Maria. Haa Cu, kalo nak tengok resepi kek ni klik kat Madamaria ni... Tapi sebelum potong2 kek, Ayah bgi ucapan sket. Sedih plak U tengok Ayah masa tu. Pastu Atuk plak & lain2. Lepas potong kek, satu2 masalah family dibincang sama2...Pastu makan bubur jagung plak, Maghrib pun sama2... Abg jdi bilal, tok imam & semua r Abg sapu...hehehe nak untung r tuu ;p

Sampai sekarang U ingat P.Ngah cakap " kan seronok kalau kita selalu kumpul & dapat gelak2 camni"... Memang best sangat. Kepala U pun xberat dah. Cuma...ada 1 lgi je yg belum settle. U pun dah x tau nak wt camne. Berdoa & berserah pada Allah moga pulih macam dulu.

Thanx pada semua family for the greatest Father's Day & Happy Father's Day jugak utk Abah Adam. You are the best!! Thanx sebab betul2 memahami & untuk semua yg Abg wat untuk kita semua. X lupa jugak utk Atuk Mantin Adam & semua daddy2... Selamat Hari Bapa


Tahlil sebelum makan


Cantik kan kek niiii...besttt



Adam tgh try2 nk mkn jgung


sessi berkumpul beramai2 :P

The daddys

Sesi menyelesaikan masalah :P

P.Cik Azmi

Adam with his Wan Cu & Pak Lang kocikkk

Anak daro sapo la ni :D

Ni plak P.Long kocik...cam biaso gayo eh ntah papo ..heheheh

Pengantin Baru...Klong Zura & hubby

Erin Aziz dgn omak ehh..

Ella's family

Hero kg ;)

Published with Blogger-droid v1.7.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...