Pages

Wednesday, July 27, 2011

:: Baby @ Stadium Bola ::

Boleh ke bawak baby gi stadium??? Ni lah soalan yang selalu bermain di kepala ibu-ibu yang kaki bola macam U. Bukan apa, memanglah boleh tengok kat tv..tapi kadang-kadang kita nak tengok & sokong team kita secara live. Contohnye, perlawanan Malaysia vs Singapore 28 Julai 2011 ni untuk kelayakan ke Piala Dunia 2014 nanti. Bukan senang Malaysia nak masuk pusingan kedua kelayakan ni, so U rasa semua rakyat Malaysia tengah berkobar-kobar nak tengok & support team kita... Tapi U pun sokong kat umah je kot sebab penat gi stadium tengok Chelsea vs Malaysia aritu pun x hilang lagi... U pun hampir-hampir bawak Adam Faheem yang baru 8 bulan gi stadium sebab masa tengok training Chelsea tu U tinggalkan kat taska. So, macam kesian plak sebab dia tinggal sorang je. So, kitorang decide nak bawak Adam masa game tu nanti, siap belikan Ultraman lagi takut dia bosan & rimas kat sana nanti walaupun 90% U tanya kawan-kawan kat sekolah cakap x payah bawak. Nasib baik bila tiba hari kejadian, kami tukar fikiran. Biarlah dia duduk dengan cikgu dia kat taska & Alhamdulillah U rasa kitaorang dah buat keputusan yang tepat walaupun kul 1230am baru amik Adam. Sian cikgu2 dia. Sorry & Thanx ye Cikgu Yani & Cikgu Lina @ Taska D Kota..

Kenapa U cakap x sesuai.. Meh U citer sket situasi kat stadium...

1) Bila bawak baby dah sah2 kena bawak kereta & jalan sure jem. Datang lewat sket ( msti nak solat dulu kan ) confirm parking penuh. U kena jalan kaki dalam 20min baru sampai pintu stadium, belum bab nak cari seat kosong lagi. Jalan pulak, x dapat la nak melenggang2 kangkung, sampai pintu stadium kaki memang sakit gile, player x berpeluh lagi tapi kita dah berpeluh2, mengah etc... So, bayangkan nak bawak baby & keperluan2 dia. Itu baru pegi, nak balik??? 2x ganda situasi tadi ok...

2) Bila bawak baby of crse nk bwk 1 beg untuk susu dia, pampers etc dengan harapan boleh r bagi dia makan/minum. Bawak beg tengah2 sesak tu satu hal, nak bagi makan, lagi lah x boleh.. Payah sket laa

3) Suasana dalam stadium memang bising, yelah masing2 bersemangat... Kita pun nak jerit sama kan... Jadi kesian kat baby, mesti rasa x selesa, terkejut2 ditambah plak dengan panas & kerusi yang sempit dan curam. Bahaya especially kalo baby tengah lasak macam Adam yang x nak kena pegang je. Pastu dengan asap rokok lagi...

4) Ada gak U terpikir...kalo baby meragam, bawak r kluar or gi duk dalam keta... Hahaha..penat masuk stadium x hilang lagi & kereta pun parking ntah kat mana2 ntah...

Tapi tengah2 sesak2 tu, ada gak U nampak ibu yang kendong baby dia. Hmmm....sian baby tu, maybe mak dia boleh manage kot... Jadi, biarlah kita sokong dari jauh je sambil duduk dengan selesa kat rumah & boleh jugak makan2. Dan yang paling penting, pastikan baby kita dah tido awal2... Baru boleh tengok dengan tenang... Go go Harimau Malaya!!!!!


Chelsea vs Malaysia... Abg tu bli jersey baru :P

Ni masa Chelsea training...Xle ramai sangat
Kalo dapat seat cmnie, better tgk kt stadium ke umah? hehehe




Published with Blogger-droid v1.7.2

2 comments:

MASTER SIFU said...

bek ko tgk kat umah..free of charge, bleh sambil baring..psst.. siap bleh nampak jerawat pengadil taaawww...ekekekekkekek!

ayu_aLLe said...

pastu bleh kira bpe kali dorg meludah atas padang kaannn....btul2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...