Pages

Tuesday, December 4, 2012

Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam

Asssalamualaikum...

Hari ni pukul pagi2 dah keluar rumah sebab nak ikut Abg gi kursus 2 hari di sana.  Adam pun masih lena masa kami keluar rumah.  Tapi sampai sana U & Adam kena duk dalam keta dulu sebab bilik penuh & x boleh nak check in awal.  Dalam pukul 1pm baru kami bole masuk bilik.

Okay.. Carlton Holiday Hotel & Suites ni hotel 3 bintang.  Abg dapat bilik Deluxe, so biasa2 je lah biliknya.  Katil King, tv xde astro... gambar pun xclear & line internet slow..kejap ada kejap xde.  Tu je lah yang x syoknye.. Yang lain semua ok.  Hotel ni sebelah Pusat Akuatik Shah Alam.  Kat bawah hotel ni ada 7eleven so senang la nak beli barang2, ada Butik Ratu jual tudung, baju etc.  Pastu ada tempat refleksologi & karoke.

Makan pulak kami pergi Plaza Masalam dekat Seksyen 9.  Kami decide nak makan nasi, so pegi la Restoran Famous Thai.  Makan ikan, soft shell crab, udang, sup, telur dadar.  Semua dalam RM16+.  Masakan dia biasa2 je.  Hajat nak gi i-City, tapi hujan.  Terus balik hotel.  Nak gi karoke tp ada Merlin...huhuhu.. 

Esok Abg kursus lagi & kami decide nak duduk hotel lain. Hotel mana?? Tunggu... U dah book tadi kat Agoda.  Ada 25% diskaun...Wheeaaa best2..




Pemandangan dalam bilik

Pusat Akuatik

Sabuunnn.. di bilik mandiii

Monday, December 3, 2012

:: Cuti Sekolah + Hotel ::

Assalamualaikum.

Setahun sekali update blog. Hehehe. So dah masuk minggu keempat cuti sekolah akhir tahun. Aktiviti harian, menjadi suri rumah sepenuh masa. 2 minggu pertama cuti sekolah sibuk key in PBS dan lain2. Sampai minggu ni masih ada lagi kerja keyin2 ni. Weekend pulak amik gambar orang kawen & balik kampung.

Disebabkan cuti Abg dah habis. So kami tak dapatlah nak pergi bercuti ke mana2. Jadi U & Adam Faheem banyak habiskan masa dirumah. Memang bosan la so last2 cari jugak hotel yang available lagi untuk lepak hujung minggu je & of course laa dekat2 rumah je. Jadi hujung minggu ni kami akan ke Grand Lexis, P. Dickson. Yeayy...

Sebelum tu, cerita pasal hotel, 2 minggu lepas hari Jumaat kawan U dari London call & mintak shoot wedding adik dia di Muar on the next day. Menggelabah cari hotel di Muar semuanya penuh sebab ada Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja. Lagipun tengah malam cari hotel nak check in esoknya. Memang payah la. Terpaksa cari hotel tu sebab Adam takde sapa boleh jaga. Yelah last minit kan, so Ayu tak dapat la nak join Abg shoot & kena la cari tempat untuk kami melepak.

Last2 kami book Hotel Equatorial, Melaka. Dengan harga RM466 untuk satu malam kami amik Premier Room. Kelakar tengok Adam Faheem excited. Last duduk hotel dia tak tau pape lagi. Hotel ni dekat tengah2 bandar. Dekat dengan A'Famosa, Bangunan Stadthuys, Shopping Mall & Jonker's Street. Memang best la duduk sini. Malam tu kami makan dekat area Dataran Pahlawan. Nak cari Asam Pedas tapi xjumpa. So makan kat food court je. Untuk makan malam tu, memang tak puas hati. X sedap. Lepas tu kitorang bawak Adam Faheem round2 Bandar Melaka naik beca dengan harga RM30. Esoknya sebelum gerak balik...eh sebelum tu!! Breakfast kat Hotel Equatorial memang best. YUMMY..

Sebelum balik kami gi Jonker Street sebab dorang kata kat sana best. U memang nak cari barang2 vintage kat sana. Tapi bila sampai sana beli barang lain. Semuanya prop untuk fotografi merangkap mainan Adam.
Sebenarnya U taip entry ni sebab nak cerita pasal hotel kat Shah Alam tempat U tengah taip ni. Tapi macam panjang sangat lah pulak & Adam pun dah terjaga. So next entry eh.. InsyaAllah soon.. Jgn tahun depan suda... Wassalam



Misi mencari makan


Sian Adam xdpt mandi pool










Pemandangan dalam bilik

Pemandangan luar bilik






Gelagat Adam :D


Jalan-jalan naik beca

Published with Blogger-droid v2.0.8
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...