Pages

Sunday, June 26, 2011

:: Father's Day ::

Happy Father's Day to all daddy in Malaysia!!!! Ni lah 1st time dalam hidup U celebrate Father's Day secara besar-besaran... Selepas melalui hari2, tahun2 yg sangat xbest, serabut, pening, kusut... Alhamdulillah kami dapat berkumpul dalam keluarga besar dengan aman & sangat2 happy.

Terima kasih yang x terhingga buat Ayah yg sanggup adakan perjumpaan ni. Ayah betul2 hero ;) & x lupa jugak superhero yg wat Ayah panggil semua berkumpul...Ijam si hero kg. Along nk ucap thanx sgt. Along memang x mampu nak wat apa yg Ijam wat & to Atin jugak. Korang memang adik2 yg superb.

So, tanggal 19 Jun 2011, semua berkumpul. Masak ramai2. Macam nak wat kenduri pun ye jugak. Pastu wat tahlil untuk semua ahli keluarga yg telah kembali ke Rahmatullah diketuai oleh Abg. Lepas makan, acara potong kek untuk semua daddy2. Ada 3 generasi daddy tuuu. Acara yg pling U xsabar sebab excited nak makan kek yang cantik yg U tempah dari K.Maria. Haa Cu, kalo nak tengok resepi kek ni klik kat Madamaria ni... Tapi sebelum potong2 kek, Ayah bgi ucapan sket. Sedih plak U tengok Ayah masa tu. Pastu Atuk plak & lain2. Lepas potong kek, satu2 masalah family dibincang sama2...Pastu makan bubur jagung plak, Maghrib pun sama2... Abg jdi bilal, tok imam & semua r Abg sapu...hehehe nak untung r tuu ;p

Sampai sekarang U ingat P.Ngah cakap " kan seronok kalau kita selalu kumpul & dapat gelak2 camni"... Memang best sangat. Kepala U pun xberat dah. Cuma...ada 1 lgi je yg belum settle. U pun dah x tau nak wt camne. Berdoa & berserah pada Allah moga pulih macam dulu.

Thanx pada semua family for the greatest Father's Day & Happy Father's Day jugak utk Abah Adam. You are the best!! Thanx sebab betul2 memahami & untuk semua yg Abg wat untuk kita semua. X lupa jugak utk Atuk Mantin Adam & semua daddy2... Selamat Hari Bapa


Tahlil sebelum makan


Cantik kan kek niiii...besttt



Adam tgh try2 nk mkn jgung


sessi berkumpul beramai2 :P

The daddys

Sesi menyelesaikan masalah :P

P.Cik Azmi

Adam with his Wan Cu & Pak Lang kocikkk

Anak daro sapo la ni :D

Ni plak P.Long kocik...cam biaso gayo eh ntah papo ..heheheh

Pengantin Baru...Klong Zura & hubby

Erin Aziz dgn omak ehh..

Ella's family

Hero kg ;)

Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, June 23, 2011

:: Family Portrait Photography::

Wahhh... Aidilfitri tinggal lagi 2 bulan ni. Dah hbis ganti pose lum? So, Opposite Image memang ada menyediakan perkhidmatan fotografi untuk family. Yelah, nanti masa raya bole gantung gambar family kat umah. Kan best tu...

Family Portrait Pakage:
- 1 pc 16' X 24' + frame
- 2 X 8R + frame
- DVD mastercopy unlimited shot
- 2-3 hours coverage

So, sapa yang berminat boleh hubungi Opposite Image 0196220360 / 0197550360 @ http://oppositeimage.net
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, June 14, 2011

:: Height of KLCC & KL Tower ::

Nampak macam simple kan... But how many of you can give me the correct answer? Haaa...jawab sekarang, x bole search kt yahoo ke google ke okey...

Disebabkan semua orang xleh jawab ;p ( hehehe jgn mara haaa....), lets us share the info... Ketinggian Menara Berkembar Petronas @ KLCC ialah 452m & ketinggian Menara Kuala Lumpur @ KL Tower ialah 421m yang mana KLCC lebih tinggi dari KL Tower.

Anyway, dua2 menara ni menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia & memang tempat yang menarik untuk berjalan2. Hehehe...teringat celebrate anniversry kat Restoran Berputar KL Tower ---> cer klik sini 1st-anniversary & kenangan2 di KLCC... & kenapa U tba2 nak tulis pasal tower ni...sebab..... Khamis ni nak kena observe topic Long or Short.... Wish me luckkkk...

KLCC
KL Tower




Published with Blogger-droid v1.6.8


Sunday, June 12, 2011

:: Video Pertama Daripada Opposite Image ::

Siang tadi pergi kenduri kahwin Yati di Kota, N9. Best sangat sebab jumpa geng2 masa keje kat TOSC dulu. & kitorang pun ada la cuba2 shoot video sekitar majlis bersama kawan2 tadi menggunakan Nikon D7000.

Terimalah hasil cubaan  dari Opposite Image... Hmmm..video goyang2 sket, nak kena beli stabalizer...baru ngam hoo...


Geng Tosc @ Yaty's Wedd from ayu_alle on Vimeo.




Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, June 11, 2011

:: Syarat Menjadi Ibu Susuan ::

Post yg serius dri U :) Ceritanya camni, balik kampung aritu U susukan sepupu kicik U yang baru umur sebulan lebih, Faiq.  Dia menyusu badan & masa tu Acu Diana U kena gi klinik & settlekan urusan2 dia.  Sebelum tu Acu Diana ada pesan, kalau baby dia nangis tolong bagi susu.  Nak bagi susu tepung Adam, takut nanti Faiq sakit perut pulak.  So, U bagi la susu U sebab kesian dia dah nangis2 lapar.

Asalnya U teragak2 jugak, rasa kekok nak bagi...segan pun ado gak.  X tau la nape...hehehe....  Yelah, kalo baby U sendiri, U agak berat nak bagi dia minum susu orang lain.  U x nak amik mudah sebab jadi ibu susuan ada syarat2, pastu nanti hubungan dia dengan anak2 U etc.  Tapi xpe lah, asalkan Faiq x lapar & lagipun macam rugi plak nanti coz Faiq belum campur susu lagi.  Bila balik je ke Sepang, U cepat2 carik majalah Pa&Ma, search internet pasal ibu susuan ni sebab rasanya U pernah baca dalam majalah Pa&MA pasal ni.  Akhirnya U dapat jugak jawapan :)  So, nak kongsi lah info ni dengan semua.


Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Lunas Islam
1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun.
2. Anak yang disusukan. Disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun.
3. Susu ibu. Disyaratkan susu ibu yang diberi kepada bayi membantu pertumbuhannya.
Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali (dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan). Maksud penyusuan mengikut kebiasaan ialah anda menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses sedemikian dikira sebagai 1 kali susuan.
Jika proses penyusuan itu diselangi dengan keadaan tertentu yang tidak lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu, maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali susuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payu dara kanan ke sebelah kiri.

Majalah Pa&Ma keluaran Februari 2011

Inilah Dani Faiq Mukhriz :D

3 anak bujang, Ozil, Adam Faheem, Faiq (dri kiri)

Wp Faiq yg pling muda, tp tu lah Pak Lang kpada Adam & Ozil...Pak Lang Kocik :P

Wednesday, June 1, 2011

:: Bukit Gambang Water Park ::

Haaa....lega... dh sampai rumah...Alhamdulillah...tercapai jugak misi untuk bercuti dengan Abg & Adam Faheem.  Tempat percutian kali ni ialah di Bukit Gambang.  Asalnya nak pegi Cherating, tapi memandangkan kat Cherating hotel dh fully book, so terpaksa beralih arah ke Bukit Gambang.  Kitorang bergerak ke sana pada hari Sabtu.  Masa pergi ikut jalan lama.  Lambat jugaklah sampai .U book hotel di Bukit Gambang Resort City selama 3 hari 2 malam.

Rasanya xde lah banyak sangat aktiviti yang boleh buat kat Bukit Gambang ni sebab aktiviti dia tertumpu kat kawasan tu jer.  Maksud U, xde lah tempat makan yang best2 ke, tempat2 menarik yg boleh pegi selain kt dalam kawsan resort ni....  So, mlm pertama kitorg just pegi tengok fun fair mini kat dalam resort tu.  Nak bawak Adam Faheem naik macam laju sangat plak U tgk, belum sesuai lagi.  Ada jugaklah tempat hiburan keluarga yg pakai2 token tu.    Pastu lepak dalam bilik je tengok Mentor Final :P  Esoknya pagi2 dah bangun, xsabar nak pegi Bukit Gambang Water Park tu...  Kitorg antara yang terawal, pintu water park tu pun x bukak lagi... Sib baik datang awal, dapatlah sewa Cabana (pondok untuk rehat2, letak2 barang, makan etc).  

Ni first time bawak Adam Faheem main air.  Seronok sangat.  Adam pun nampak seronok dalam float boat dia tu.  Omak abah eh lagi r seronok...hehehehe...  U siap bawak dia naik pelampung besar lagi...hehehehe....  Tapi x dapat nak mandi lama2 sangat coz Adam Faheem selsema... org pun makin padat...  Abg plak xberapa  sihat.. So, duk lepak je laa dalam Cabana tu...tgk org lain mandi-manda :/ So, aktivit U kt water park ni U bgi 2 bintang je...huhuhuhu....  Malam tu dinner kt hotel je...buffet...  Pun U bgi 2 bintang je sbb makanan x banyak pilihan.  Lagipun Adam Faheem wat perangai..menangis2 nak balik bilik.  Ingatkan nak tido, bila sampai bilik, rupanya nak main dengan dia punya boat... Huuuu...penat U dgn Abg duk melayan dia...  So, pagi tadi breakfast kat hotel jugak.  Untuk breakfast dia, U bagi 4 bintang sebab macam2 pilihan ada walaupun rasa x seberapa.  Pastu check out tengahari tadi & terus balik KL.  Sebelum balik umah singgah klinik bawak Adam Faheem amik gas & jenguk atuk Adam Faheem kat Mantin.  Untuk bilik hotel (Studio Suite) , U bagi 3 bintang Keseluruhannya 9 bintang drpda 15....hehehe...  Bagi U x berapa nak success laa holiday yg ni .  Jauh, tapi xpuas sangat...  Xpe lah, next time plan betul2...

Apa ada kat Bukit Gambang ni????

1) Bukit Gambang Water Park - Ada Family Raft Ride, Glacier River, Kids Slide, Wave Pool & banyak lagi.  So kalo dapat men semua ni memang best sangat laa...  Ada tempat simpan barang yg bagus & xpayah nak susah2 usung hand beg or wallet ke sana sini coz dalam water park tu semua pakai e-value kt tangan wp nak beli makanan etc.  Tempat ni buka hari2 kecuali hari Selasa...tapi time cuti sekolah hari Selasa pun bukak.

2) Active Academy - Ni tempat riadah & adventure.  U mmg x jejak la tempat ni.  Ada Sky Trail - Flying Fox, paintball, ATV & macam2 lagi.  Untuk team building sesuai laa kat sini. 

3) Caribbean Bay Resort - Ni laa tempat tinggal kalo nak datang sini...Ada 3 jenis bilik, Studio Suite, Family Suite & Deluxe Suite.  Harga bole tengok kat www.bgrc.com.my..Ada amusement rides, games, karaoke rooms & nak men ping pong pun ada...

So, sapa yang berminat boleh la bawak family kat sini... Best jugak laaa... Let the FUN begin!!!



Here we go!!!
Studio Suite


Seronok betul Adam Faheem dpt duk hotel haa


Abg & Adam kt depan game tikam2 :P

Nak naik Merry Go Round tuuuu

Depan pintu masuk water park


Adam yg teruja :D

Glacier River

Adam rilex je



Lepak dgn Abh kt Cabana

Suasana kt BGWP

Wheeaa...dpt masuk free

Ni lah aktiviti yg Adam tggu2... haduuuu

Sblum blik, pose jap

Tggu nk check out

Bye2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...