Pages

Saturday, June 11, 2011

:: Syarat Menjadi Ibu Susuan ::

Post yg serius dri U :) Ceritanya camni, balik kampung aritu U susukan sepupu kicik U yang baru umur sebulan lebih, Faiq.  Dia menyusu badan & masa tu Acu Diana U kena gi klinik & settlekan urusan2 dia.  Sebelum tu Acu Diana ada pesan, kalau baby dia nangis tolong bagi susu.  Nak bagi susu tepung Adam, takut nanti Faiq sakit perut pulak.  So, U bagi la susu U sebab kesian dia dah nangis2 lapar.

Asalnya U teragak2 jugak, rasa kekok nak bagi...segan pun ado gak.  X tau la nape...hehehe....  Yelah, kalo baby U sendiri, U agak berat nak bagi dia minum susu orang lain.  U x nak amik mudah sebab jadi ibu susuan ada syarat2, pastu nanti hubungan dia dengan anak2 U etc.  Tapi xpe lah, asalkan Faiq x lapar & lagipun macam rugi plak nanti coz Faiq belum campur susu lagi.  Bila balik je ke Sepang, U cepat2 carik majalah Pa&Ma, search internet pasal ibu susuan ni sebab rasanya U pernah baca dalam majalah Pa&MA pasal ni.  Akhirnya U dapat jugak jawapan :)  So, nak kongsi lah info ni dengan semua.


Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Lunas Islam
1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun.
2. Anak yang disusukan. Disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun.
3. Susu ibu. Disyaratkan susu ibu yang diberi kepada bayi membantu pertumbuhannya.
Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali (dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan). Maksud penyusuan mengikut kebiasaan ialah anda menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses sedemikian dikira sebagai 1 kali susuan.
Jika proses penyusuan itu diselangi dengan keadaan tertentu yang tidak lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu, maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali susuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payu dara kanan ke sebelah kiri.

Majalah Pa&Ma keluaran Februari 2011

Inilah Dani Faiq Mukhriz :D

3 anak bujang, Ozil, Adam Faheem, Faiq (dri kiri)

Wp Faiq yg pling muda, tp tu lah Pak Lang kpada Adam & Ozil...Pak Lang Kocik :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...